Rancangan Pengajaran Harian 1 | |
Mata Pelajaran | Matematik |
Kelas | Tahun 1 |
Tarikh | 17 Oktober 2011 |
Masa | 9.00-10.00 pagi (1 jam) |
Bilangan Murid | 25 orang |
Bidang Pelajaran | Ruang |
Okjektif Pembelajaran | 9.2 Mengenalpasti Bentuk Dua Dimensi (2D) |
Hasil Pembelajaran | Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :- i. Menamakan sekurang-kurangnya 3 bentuk daripada 4 bentuk yang diperkenalkan dengan betul. ii. Memadankan 3 bentuk daripada 4 bentuk dengan perkataan yang betul. iii. Menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan guru. iv. Bekerjasama dalam kumpulan dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru. |
Bahan, Peralatan dan Bahan Sumber | Bola - 1biji Model 3D – 5 set Warna Air – 5 kotak Kertas Mahjung – 5 keping Pen Marker – 5 batang Kad Bentuk – 5 unit Kad Perkataan – 5 unit Lembaran Kerja – 25 set |
Pengetahuan Sedia Ada | Murid telah belajar mengenai bentuk maujud/bentuk 3D pada pelajaran yang lepas. |
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Persediaan Pemerhatian dan Analisis (5 min) | Memperkenalkan ciri-ciri bulatan dengan menggunakan bola. | 1. Guru menunjukkan sebiji bola kepada murid. 2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bentuk yang boleh dilihat pada bola tersebut. Contoh soalan:- i. Apakah ini? ii.Nyatakan ciri-ciri bola ini? iii. Apakah benda lain yang bulat seperti bola? | 1. Murid membuat pemerhatian terhadap bola yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid menjawab soalan guru berdasarkan pemerhatian mereka. | BBM : Bola Strategi/teknik: Penyoalan seluruh kelas. |
Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea (20 min) | Bentuk dan perkataannya | 1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan 1 set bentuk 3D termasuk kuboid, kubus, piramid dan kon, warna air, berus lukisan, kertas mahjong dan pen marker. 2. Guru mengarahkan murid mewarnakan satu permukaan bentuk 3D dan kemudian capkan pada kertas mahjong secara bergilir-gilir dengan menggunakan warna yang berbeza bagi setiap permukaan. 3. Guru melukis bentuk segiempat sama pada papan tulis dan bertanya kepada murid : Siapa dapat bentuk ini? Kemudian guru menerangkan bahawa bentuk itu adalah segiempat sama dan mengarahkan murid untuk menulisnya di bawah segiempat sama mereka. (Aktiviti ini diteruskan dengan bentuk segiempat tepat, segitiga dan bulatan.) | 1. Murid duduk dalam kumpulan dan ketua kumpulan mendapatkan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti mereka daripada guru. 2. Murid mewarnakan permukaan bentuk 3D dan capkan pada kertas mahjong secara bergilir-gilir. 3. Murid memberi respon kepada soalan guru dan menulis perkataan yang diarahkan oleh guru. | BBM: Bentuk 3D, warna air, berus lukisan, kertas mahjong dan pen marker. Strategi/teknik: Aktiviti Masteri dalam kumpulan Nilai Moral : Kerjasama |
Perkembangan Penambah-baikan Menilai (10min) | Memadankan kad perkataan dengan bentuk yang betul berdasarkan ciri-ciri bentuk. | 1.Guru memaparkan kad bentuk satu persatu dan bersoal jawab mengenai ciri-ciri bentuk tersebut. Contoh soalan:- i. Apakah perbezaan di antara bentuk ini? 2. Guru memaparkan kad perkataan dan mengarahkan murid memadankan nama bentuk mengikut ciri yang dinyatakan. | 1.Murid memerhatikan bentuk yang dipaparkan dan memberi respon kepada soalan guru. 2. Murid cuba memadankan nama bentuk mengikut ciri yang dinyatakan | BBM : Kad perkataan dan kad bentuk 2D Strategi/teknik: Penyoalan seluruh kelas |
Tindakan Pelaksanaan Amalan berterusan (25 min) | Memadankan bentuk dengan perkataannya dan melakar bentuk berdasarkan perkataan yang diberi. | 1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid dan membimbing murid menyelesaikannya. 2. Guru membincangkan hasil kerja murid dan membuat refleksi pelajaran hari ini bersama murid dengan bersoal-jawab mengenai pengetahuan mereka tentang bentuk 2D Contoh soalan : i. Apakah yang anda pelajari hari ini? ii. Apakah bentuk permukaan kertas? 3. Guru merumuskan hasil pelajaran pada hari ini dengan menunjukkan bentuk dan perkataannya | 1. Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. 2. Murid memberi respon kepada soalan guru. 3. Murid memberi perhatian kepada penerangan guru. | BBM : Lembaran Kerja Kad Perkataan Kad Bentuk Strategi/teknik: Penyoalan seluruh kelas |
Refleksi : |
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini , murid- murid dapat mencapai 88% daripada hasil pembelajaran yang diinginkan di mana murid dapat menamakan dan memadankan bentuk dengan perkataan yang betul berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti yang dijalankan dan juga jawapan dalam lembaran kerja yang telah diberikan. Selain daripada itu, keadaan dalam kelas turut terkawal, murid-murid bekerjasama dalam kumpulan dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru. |