RPH & Refleksi 2

 
Rancangan Pengajaran Harian 2
Mata Pelajaran
Matematik
Kelas
Tahun 1
Tarikh
18 Oktober 2011
Masa
8.30-9.30 pagi (1 jam)
Bilangan Murid
25 orang
Bidang Pelajaran
Ruang
Okjektif Pembelajaran
9.2 Mengenalpasti Bentuk Dua Dimensi (2D)
Hasil Pembelajaran
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :-
         i.           Memperihalkan 2 daripada 3 ciri-ciri bentuk yang telah diterangkan dengan betul.
        ii.            Memadankan 2 bentuk daripada 3 bentuk dengan ciri-cirinya yang betul.
      iii.            Menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan guru.
      iv.            Bekerjasama dalam kumpulan dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru.
Bahan, Peralatan dan Bahan Sumber
Gambar, pembaris, pen/pensel, kertas A4, set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D dan sampul surat yang mengandungi teka-teki.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mempelajari mengenai nama-nama bentuk 2D seperti segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan pada pelajaran yang lepas.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Persediaan

Pemerhatian dan
Analisis

(5 min)
Ciri bentuk 2D dalam kehidupan seharian
1. Guru menunjukkan gambar seperti berikut :-

2. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai gambar tersebut.

Contoh soalan :
i. Pernahkah anda melihat basikal seperti ini ?
ii. Apakah kelainan basikal ini berbanding dengan basikal yang lain?
iii. Apakah bentuk roda basikal itu?
iv. Bolehkah anda menunggang basikal ini? Mengapa?
v. Apakah bentuk roda yang lebih sesuai digunakan ?

1. Murid membuat pemerhatian terhadap gambar basikal yang ditunjukkan oleh guru.


2. Murid memberi respon kepada soalan yang diajukan.
BBM :
Gambar

Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Imaginasi

Penjanaan
Idea
Sintesis Idea

(15 min)
Mengenal ciri-ciri bentuk 2D
Garis  lurus
Lengkung
Bucu
1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.


2. Guru mengedarkan satu set kad imbasan/lakaran bentuk 2D kepada setiap kumpulan.

3. Guru melakar bentuk 2D pada papan tulis dan memperkenalkan perkataan garis lurus/ sisi, garis lengkung dan bucu kepada murid.

4. Guru mengarahkan murid  melukis menggunkan jari mereka di sepanjang sisi lurus dan sisi lengkung 2D pada kad imbasan.

5.  Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai perbezaan garisan tersebut .

*Garis lurus dilukis dengan menggunakan pembaris manakala garis lengkung tidak.

6. Guru mengulang langkah 4 dengan memperkenalkan perkataan bucu.

*Bucu adalah pertemuan dua garis lurus.

7. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 kepada murid.

8. Guru meminta murid mengira bilangan garis lurus, garis lengkung dan bucu setiap bentuk 2D dan mengisinya dalam lembaran kerja mereka.

1. Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.


2. Murid mendapatkan set kad imbasan masing-masing.



3. Murid memerhatikan bentuk yang dilakarkan oleh guru dan memberi perhatian kepada pengajaran guru.


4. Murid melukis menggunakan jari mereka di sepanjang sisi lurus dan sisi lengkung 2D pada kad imbasan.

5. Murid memberi respon kepada soalan guru.







6. Murid menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru.





7. Murid mendapatkan lembaran kerja masing-masing.

8. Murid mengira bilangan garis lurus, garis lengkung dan bucu setiap bentuk 2D dan mengisinya dalam lembaran kerja mereka.
BBM :
Set Kad Imbasan
Pembaris

Strategi/teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Nilai Moral :
Kerjasama
Perkembangan

Penambah-baikan

Menilai

(15min)
Permainan
“Mencari Bentuk 2D”
1. Guru menyerahkan kertas A4 dan sampul surat yang mengandungi pembayang teka-teki untuk mencari bentuk 2D kepada setiap kumpulan.

2. Guru mengarahkan murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari jawapan teka-teki yang diberikan dengan melakar bentuk  dan mencatatkan namanya pada kertas A4 yang diberikan.

* satu tempoh masa diberikan kepada murid untuk menyelesaikan teka-teki tersebut.

3. Guru mengumpul jawapan daripada setiap kumpulan dan mengumumkan keputusan pemenang.

*Pemenang adalah kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

1. Setiap kumpulan menerima sampul surat dan kertas A4 masing-masing.




2. Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan teka-teki tersebut.











3. Kumpulan yang telah siap menjawab menghantar jawapan mereka kepada guru.
BBM :
Sampul Surat
Kertas A4
Pensel

Strategi/teknik:
Aktiviti konstruktivisme dalam kumpulan

Nilai Moral :
Bekerjasama
Semangat Berpasukan

Tindakan

Pelaksanaan

Amalan berterusan

(25 min)
Bentuk dan ciri-cirinya :
Garis  lurus
Lengkung
Bucu

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid dan membimbing murid menyelesaikannya.

2. Guru membincangkan hasil kerja murid dan membuat refleksi pelajaran hari ini bersama murid dengan bersoal-jawab mengenai pengetahuan mereka mengenai ciri-ciri bentuk 2D

 Contoh soalan :
i. Apakah yang anda pelajari hari ini?
ii. Bagamanakah kamu melukis garis lurus?

3. Guru merumuskan hasil pelajaran pada hari ini dengan menunjukkan bentuk dan ciri-cirinya .
1. Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.


2. Murid memberi respon kepada soalan guru.













3. Murid memberi perhatian kepada penerangan guru.
BBM :
Lembaran Kerja 2

Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas



Refleksi :

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat mencapai 84% daripada hasil pembelajaran yang diinginkan di mana murid dapat memperihalkan dan memadankan ciri-ciri bentuk 2D dengan betul berdasarkan pemerhatian semasa sesi p&p, respon murid terhadap soalan guru dan juga jawapan murid dalam lembaran kerja yang telah diberikan. Murid-murid juga bekerjasama dalam kumpulan dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru justeru situasi ini mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang baik terhadap okjebtif pembelajarn yang ingin dicapai.