RPH & Refleksi 4



Rancangan Pengajaran Harian 4
Mata Pelajaran
Matematik
Kelas
Tahun 1
Tarikh
20 Oktober 2011
Masa
8.30-9.30 pagi (1 jam)
Bilangan Murid
25 orang
Bidang Pelajaran
Ruang
Okjektif Pembelajaran
9.2 Mengenalpasti Bentuk Dua Dimensi (2D)
Hasil Pembelajaran
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :-
         i.            Menghasilkan sekurang-kurangnya satu corak berasaskan bentuk setelah guru memberikan penerangan dan melalui aktiviti yang dilaksanakan.
        ii.            Menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul sekurang-kurangnya 4 soalan daripada 6 soalan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan guru.
      iii.            Bekerjasama dalam kumpulan dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru.
Bahan, Peralatan dan Bahan Sumber
Gambar, kad manila, gam, gunting, kertas lukisan, soalan ujian topical.    
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mengenali bentuk dan ciri-ciri bentuk 2D pada pelajaran yang lepas.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Persediaan

Pemerhatian dan
Analisis

(3 min)
Pengenalan kepada rekaan dengan menggunakan bentuk 2D
1. Guru menunjukkan gambar  seperti berikut :
               













 




2. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai gambar tersebut.

Contoh soalan :
i. Apakah ini?
ii. Bentuk apakah yang dapat kamu lihat pada rumah tersebut?

iii. Bolehkah kamu menghasilkan satu objek dengan menggunakan bentuk 2D?

1. Murid membuat pemerhatian terhadap gambar yang telah ditunjukkan oleh guru.










2. Murid memberi respon kepada soalan guru berdasarkan pemerhatian dan kebolehan mereka.




BBM :
Gambar Rumah

Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Imaginasi

Penjanaan
Idea

Sintesis Idea

(11 min)
Menghasilkan rekaan dengan bentuk 2D melalui lakaran.
1. Guru menunjukkan beberapa contoh gambar rekaan dengan bentuk 2D kepada murid.




2. Guru mengedarkan  kertas lukisan kepada murid dan meminta murid menghasilkan satu corak daripada bentuk 2D
mengikut kreativiti masing-masing.

3. Guru memilih hasil kerja beberapa orang murid untuk dipamerkan di hadapan.

1. Murid membuat pemerhatian terhadap gambar yang ditunjukkan dan menyebut bentuk-bentuk 2D yang ada
pada gambar itu .

2. Murid melakarkan gambar rekaan dengan bentuk 2D mereka pada kertas lukisan yang diberikan oleh guru.



3. Murid memerhatikan hasil kerja rakan mereka dan memberi pujian.

BBM :
Gambar Rekaan dengan Bentuk 2D
Kertas Lukisan
Strategi/teknik:Aktiviti konstruktivisme

Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai

(18 min)
Menghasilkan gambar rekaan dengan bentuk 2D melalui lteknik kolaj.
1. Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan masing-masing untuk berbincang dan memilih salah satu daripada lakaran rakan mereka untuk dibuat kolaj.

2. Guru mengedarkan kertas lukisan, surat khabar, majalah, gam dan gunting kepada setiap kumpulan.


3. Guru memantau hasil kerja murid dan menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan murid yang lain. Kumpulan yang dapat menghasilkan gambar yang paling cantik dan kemas akan diberikan “Bintang Kecemerlangan” pada carta prestasi yang telah disediakan di papan notis bilik darjah.

1. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing, berbincang dan memilih satu lakaran untuk dibuat kolaj.



2. Setiap kumpulan mendapatkan bahan yang mereka perlukan untuk membuat kolaj daripada guru.

3. Murid membuat pemerhatian terhadap tugasan rakan mereka dan bersunguh-sungguh untuk bersaing menghasilkan gambar yang lebih cantik.
BBM :
Kertas Lukisan
Surat Khabar
Majalah
Gam
Gunting
Strategi/teknik:Aktiviti konstruktivisme
Nilai Moral :
Bekerjasama
Semangat Berpasukan
Tindakan

Pelaksanaan

Amalan berterusan

(28 min)
Ujian topikal dan refleksi pelajaran
1. Guru mengedarkan Kertas Ujian 1 kepada setiap murid dan menerangkan arahan dan langkah menyelesaikannya.

2. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai pengetahuan mereka mengenai bentuk 2D.

 Contoh soalan :
i. Apakah yang anda pelajari dalam tajuk 2D?
ii. Sebutkan 2 ciri-ciri bentuk segitiga.

3. Guru merumuskan hasil pelajaran bentuk 2D secara keseluruhan.
1. Murid menyelesaikan ujian yang diberikan oleh guru dengan bersungguh-sunguh.


2. Murid memberi respon kepada soalan guru.









3. Murid memberi perhatian kepada penerangan guru.


BBM :
Kertas Ujian 1

Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas

Refleksi :

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat mencapai 88% daripada hasil pembelajaran yang diinginkan di mana murid dapat menghasilkan sekuran-kurangnya satu corak berasaskan bentuk setelah guru memberikan penerangan dan melalui aktiviti yang telah dilaksanakan serta menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul sama ada dengan bantuan guru atau tanpa bantuan guru. Murid-murid juga turut menunjukkan nilai bekerjasama dalam kumpulan dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru. Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal dan objektif pelajaran dapat dicapai.