RPH & Refleksi 3


Rancangan Pengajaran Harian 3
Mata Pelajaran
Matematik
Kelas
Tahun 1
Tarikh
19 Oktober 2011
Masa
10.20-10.50 pagi (30 min)
Bilangan Murid
25 orang
Bidang Pelajaran
Ruang
Okjektif Pembelajaran
9.2 Mengenalpasti Bentuk Dua Dimensi (2D)
Hasil Pembelajaran
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :-
         i.            Menyusun atau menghasilkan sekurang-kurangnya dua pola bentuk 2D setelah mendengar penerangan daripada guru dan aktiviti yang telah mereka lakukan.
        ii.            Menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul sekurang-kurangnya 5 soalan daripada 6 soalan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan guru.
      iii.            Bekerjasama dalam kumpulan dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru.
Bahan, Peralatan dan Bahan Sumber
 Set magnetik bentuk 2D, papan magnetik, gambar bentuk 2D dan lembaran kerja.                                                                           
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mengenali bentuk dan ciri-ciri bentuk 2D pada pelajaran yang lepas.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Persediaan

Pemerhatian dan
Analisis

(3 min)
Pengenalan kepada pola
Pola ialah satu susunan bentuk yang sama secara berulang-ulang
1. Guru menulis satu siri nombor di atas papan tulis seperti berikut :

1  2  3    1  2  3   _ _ _

2. Guru kemudian
bersoal-jawab dengan murid mengenai siri nombor tersebut.

Contoh soalan :
i. Apakah yang anda dapat lihat di sini?
ii. Apakah nombor yang harus di isi pada tempat kosong tersebut?

3. Guru menyatakan bahawa susunan siri nombor tersebut adalah menikut pola dan mengaitkannya dengan pelajaran pada hari ini.

1. Murid memerhatikan siri nombor yang ditulis oleh guru pada papan tulis.


2. Murid memberi respon kepada soalan guru.









3. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Imaginasi

Penjanaan
Idea

Sintesis Idea

(6 min)
Menyusun bentuk mengikut pola
 1. Guru melakarkan bentuk-bentuk 2D mengikut susunan di papan tulis seperti berikut:


2. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai lakaran bentuk-bentuk 2D tersebut.

Contoh soalan:
 i. Lihat dan sebutkan bentuk-bentuk yang telah ditunjukkan di papan tulis.
ii. Bagaimanakah bentuk-bentuk ini disusun?
iii. Apakah bentuk yang seterusnya?

3. Guru mengulang aktiviti ini dengan menyusun bentuk 2D menggunakan pola yang berlainan.
1. Murid membuat pemerhatian terhadap bentuk-bentuk yang dilakarkan oleh guru pada papan tulis.



2. Murid memberi respon kepada soalan guru melalui pemerhatian mereka.












3. Murid membuat pemerhatian terhadap bentuk-bentuk yang dilakarkan oleh guru pada papan tulis dan memberi respon kepada soalan guru melalui pemerhatian mereka.


Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas &
Aktiviti masteri  dengan soal jawab.
Perkembangan

Penambah-baikan

Menilai

(9 min)
Membina pola bentuk 2D
1. Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan masing-masing.

2. Guru menyerahkan set magnetik bentuk 2D dan papan magnetik kepada setiap kumpulan dan mengarahkan mereka membina pola bentuk 2D mengikut pemahaman mereka.

3. Guru mengarahkan ketua kumpulan menyerahkan hasil tugasan mereka setelah selesai dan menentukan kumpulan yang menang melalui pola bentuk yang betul, tepat dan cepat.

1. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing.



2. Murid berbincang dan menyusun bentuk 2D mengikut pola yang mereka fikirkan.




3. Ketua kumpulan menyerahkan hasil tugasan mereka kepada guru.
BBM :
Set Magnetik Bentuk 2D
Papan Magnetik

Strategi/teknik:
Aktiviti konstruktivisme dalam kumpulan

Nilai Moral :
Kerjasama
Semangat Berpasukan

Tindakan

Pelaksanaan

Amalan berterusan

(12 min)
Menyusun bentuk mengikut pola dan meramalkan bentuk yang seterusnya bagi sesuatu pola
1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja kepada setiap murid dan membimbing murid menyelesaikannya.

2. Guru membincangkan hasil kerja murid dan membuat refleksi pelajaran hari ini bersama murid dengan bersoal-jawab mengenai pengetahuan mereka mengenai susunan bentuk 2D mengikut pola.

 Contoh soalan :
i. Apakah yang anda pelajari hari ini?
ii. Apakah bentuk seterusnya? (guru melakar 1 pola bentuk 2D)

3. Guru merumuskan hasil pelajaran pada hari ini dengan menunjukkan susunan pola bentuk 2D.

1. Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.

2. Murid memberi respon kepada soalan guru.

















3. Murid memberi perhatian kepada penerangan guru.
BBM : Lembaran kerja
Strategi/teknik:
Penyoalan seluruh kelas

Refleksi :

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat mencapai 92% daripada hasil pembelajaran yang diinginkan di mana murid dapat menyusun atau menghasilkan sekurang-kurangnya dua pola bentuk 2D setelah mendengar penerangan daripada guru dan aktiviti yang telah mereka lakukan dan dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul sekurang-kuranya 5 soalan daripada 6 soalan sama ada dengan bantuan guru atau tanpa bantuan guru. Keadaan kelas juga terkawal kerana setiap murid memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.